Thursday 15 October 2009

Sunday 4 October 2009

Sdr Mahmud, mantan operator TP pulang ke rahmatullah

Alfatihah.

Seorang lagi mantan petugas Bernama dan teman sekerja Mahmud, telah pulang ke Rahmatullah hari ini, 4 Oktober 2009, di Hospital Putrajaya. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Semasa hayatnya, Allahyarham adalah seorang petugas yang begitu mesra dan peramah dengan petugas di bahagian lain.

Terima kasih sahabat lama Datuk Ahmad A Talib yang sudi memaklumkan kepada rakan-rakan mengenai kematian Allahyarham Mahmud.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruh Allahyarham. Amin.

Friday 2 October 2009

Monday 17 August 2009

Bernama TV

Apa yang sedang berlaku dalam Bernama TV yang tidak dikuasai oleh Bernama?

Ke mana perginya laporan-laporan berita?

Kenapa terlalu kerap tayang dan ulang tayang rancangan lepas seperti Helo Malaysia?

Tuan Anuar Zaini atau Tuan Azman Ujang minta tolong jawab.

Friday 10 July 2009

Nawal Ismail pulang ke Rahmatullah

Al-Fatihah.

Mantan wartawan Bernama, Nawal Ismail, 56, telah pulang ke Rahmatullah di Hospital Kuala Lumpur. Nawal meninggalkan suami dan lima orang anak.

Nawal, yang berasal dari Perlis, adalah rakan yang menyertai Bernama sama tahun dengan saya dan sama-sama mengikuti kursus penulisan berita dan rencana di South-East Asia Press Centre, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Saya mengetahui mengenai berita kepulangannya ke Rahmatullah melalui laporan akhbar.

Malangnya, veteran Bernama tiada saluran untuk dimaklumi mengenai khabar berita rakan-rakan seangkatan atau seperkhidmatan. Apabila mendapat tahu, ianya sudah terlambat.

Kepada keluarga Nawal, saya rakamkan ucapan takziah dengan iringan doa agar ruhnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama mereka yang solehah. Amin

Monday 25 May 2009

Perginya seorang sahabat

ALFATIHA.

Saya dengan penuh insaf merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah sahabat baik dan mantan rakan setugas di Bernama, Allahyarham Mohamad Ridzwan Ibrahim.

Allahyarham, yang keluarganya berasal dari Aceh, Indonesia menghidapi penyakit jantung dan dipanggil pulang ke Rahmatullah dalam usia 65 tahun.

Allahyarham Ridzwan adalah seorang insan yang bertugas dengan penuh dedikasi, sabar dan bertangungjawab selain seorang yang soleh.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruhallahyarham. Amin.

Saturday 18 April 2009

Petugas BERNAMA terima pingat

Sekalung tahniah kepada petugas-petugas BERNAMA yang menerima anugerah darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan rasmi Sultan Perak ke-81 hari ini.

Saudara Rachman Yeop Norodin (Roger) mendahului penerima anugerah dari BERNAMA apabila dianugerahi Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP).

Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi Saudara Mikhail Raj Abdullah menerima anugerah Ahli Mahkota Perak (AMP), Saudara Zid Omar dari unit foto menerima Pingat Pekertia Terpilih (PPT) manakala Saudara Md Dusa Abas, jurugambar, menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Tuesday 7 April 2009

BERNAMA gagal meraih sebarang hadiah Kewartawanan Malaysia

Sedih. Itulah yang dapat dikatakan apabila BERNAMA sekali lagi gagal memenangi sebarang hadiah atau anugerah Kewartawanan Malaysia.

Tidak tahu pula saya sama ada BERNAMA ada menghantar penyertaan atau tidak. Semasa saya bertugas di Meja Rencana selaku Penolong Editor satu ketika dahulu, kami memilih dan melakukan apa yang perlu untuk membolehkan penyertaan BERNAMA.

Saya dan Editor Sdr S. Sivaselvam mengendalikan penyertaan BERNAMA, dua Hadiah Kajai dan beberapa hadiah terbaik dimenani oleh wartawan BERNAMA. Dua orang wartawan yang memenangi Hadiah Kajai kini sudah lama meninggalkan BERNAMA, iaitu Sdr Abd Latiff Abu Bakar dan Sdr Johari Ismail bersama-sama seorang jurufoto.

Kemenangan pada Malam Wartawan merupakan detik pencapaian tertinggi dan ia dengan sendirinya mengharumkan nama sesebuah pertubuhan media.

Saturday 28 March 2009

Mantan petugas Bernama meninggal dunia

ALFATIHAH.

Saya dimaklumkan bahawa mantan petugas bahagian trafik (dulu teleprinter) Bernama, Saudara Bakar Yusof, telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 7.08 minit pagi, 28 Mac di Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham, menurut pemberi maklumat Kuda Semetot, selatamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang.

Saya cukup mengenali Allahyarham Bakar dan hanya mampu berdoa semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruh Allahyarham. Amin.

Tuesday 24 March 2009

Petugas BERNAMA kena bayar untuk letak kereta?

Saya menerima maklumat daripada seorang petugas Bernama yang menyatakan bahawa pihak pengurusan akan mengenakan bayaran untuk meletak kereta (parking charges) di Wisma Bernama dan di dua tapak letak kereta lain.

Pemberi maklumat menyatakan bahawa pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Sdr. Visva, yang pada satu ketika mencatat sejarah selaku pemangku PB Bernama.

Kakitangan Bernama akan dikenakan bayaran bulan untuk meletak kereta seperti berikut:

1. Basement dan dalam kawasan berpagar Wisma Bernama - RM25
2. Laman letak kereta JPS (hadapan Wisma Bernama) - RM15, dan
3. Laman Persatuan Pesara (sebelah Wisma Bernama) - RM10

Saya juga dimaklumkan bahawa agihan surat khabar untuk Bilik Berita dihadkan kepada dua naskhah.

Walaubagaimanapun, katanya pengendali Bernama TV yang dikatakan masih berhutang sejumlah wang dengan Bernama, tidak terlibat dalam tindakan tersebut.

Thursday 19 March 2009

Tempat untuk meluahkan rasa isi hati

Saya mewujudkan blog ini khusus untuk keluarga Bernama meluahkan cetusan isi hati mengenai apa saja topik yang ingin diketengahkan.

Saya berbuat demikian atas permintaan petugas agensi itu sendiri memandangkan mereka sering mengambil peluang untuk mencurahkan isi hati melalui blog Kuda Ranggi.

Saya mengalu-alukan ulasan atau komen tetapi ianya hendaklah tidak bersifat terlalu peribadi, menyentuh perasaan, berbenuk perkauman dan mengaitkan fahaman agama.

Gunakanlah bahasa yang sopan dan yang tidak menyinggung perasaan pihak lain.

Terima kasih.