tag:blogger.com,1999:blog-16099532358839476962024-03-14T10:38:59.491-07:00Luahan RasaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comBlogger17125tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-70076696447400440242011-08-20T02:43:00.000-07:002011-08-20T02:43:27.147-07:00Al-Fatiha - Othman Ahmad pulang ke rahmatullahAL-FATIHA.

Veteran Bernama, Othman Ahmad, telah pulang ke rahmatullah pada 18 Ramadhan bersamaan 18 Ogos 2011.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruh almarhum dan menempatkannya di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-41121033828231376652011-04-04T01:28:00.000-07:002011-04-04T01:28:43.409-07:00Bukan senang nak tawan Pulau Pinang walaupun dengan kehadiran Najib
Lawatan kerja PM Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada kerabat Barisan Nasional. Itulah yang mungkin dikatakan oleh ramai orang setelah menonton laporan stesen tv milik kerajaan mahupun yang mesra kerajaan. Tidak lupa media cetak yang sehaluan.

Najib mengambil kesempatan mengunjungi tiga kawasan penting di bahagian pulau untuk bermesra dan mendekai rakyat. Maka berduyun-duyunlah rakyat ke tempat-tempat itu untuk menemui atau sekurang-kurangnya melihat dari dekat wajah manis PM mereka.

Seperti lazimnya dalam setiap lawatan atau kunjungan pemimpin tertinggi pentadbiran negara, maka akan berlakulah upacara serah dan terima bertimbun-timbun borang sama ada keluar parti 'pembangkang' atau memohon untuk memasuki mana-mana parti komponen Barisan Nasional.

Di Pulau Pinang, dramanya cukup hebat seperti sebuah lakonan filem dari Asia Selatan. Seorang demi seorang wakil sebuah parti politik yang disebut sebagai PKR naik ke pentas untuk menyerah borang tertentu kepada Najib dan pihak mediapun tidak melepaskan peluang keemasan untuk merakamkan peristiwa bersejarah itu. Sebenarnya, ia tidak ubah seperti satu episod dalam drama propaganda politik dan sesuatu yang amat sudah basi. Tetapi itulah yang disajikan oleh media elektronik.

Sebagai seorang anak Pulau Pinang, saya mengamati persinggahan Najib di tiga kawasan Parlimen yang dikuasai parti bukan BN, iaitu Jelutong, Bukit Bendera dan Balik Pulau sebagai satu strategi untuk memikat sokongan pengundi bagi pilihan raya umum yang tidak berapa lama akan diadakan itu.

Saya dapat agak kenapa Najib atau pihak tertentu yang mengatur lawatannya itu memilih tiga kawasan berkenaan selain Bayan Baru yang juga dimenangi PKR tetapi calonnya kemudian melompat ke pihak 'bebas' yang sebenarnya jelmaan BN.

Di bahagian pulau Negeri Pulau Pinang, hanya kerusi Parlimen Balik Pulau diwakili wakil rakyat Melayu yang sebelum PRU 2008 diwakili oleh UMNO tetapi kini oleh PKR. Kekalahan UMNO/BN di Balik Pulau bukan sahaja memeranjatkan tetapi memalukan UMNO itu sendiri. Oleh itu, Najib sedar akan betapa pentingnya beliau singgah di Balik Pulau dengan harapan sokongan rakyat akan kembali kepada UMNO dan BN.

Saya percaya UMNO boleh memenangi semula kerusi Parlimen Balik Pulau dengan syarat ia melatakkan seorang calon yang tepat dengan kehendak rakyat, iaitu seorang calon yang boleh diterima dan bersih daripada unsur-unsur rasuah, penyelewengan, berakhlak baik dan sanggup menjadi hamba rakyat, bukan seorang VIP yang berlagak lebih daripada menteri. Sama ada UMNO Balik Pulau ataupun UMNO Pulau Pinang mempunyai seseorang yang sedemikian rupa menjadi satu persoalan besar.

Jika dilihat daripada kalangan pemimpin UMNO peringkat bahagian di bahagian pulau Pulau Pinang, saya tidak nampak seorang calon yang layak dan sesuai untuk mewakili UMNO di Balik Pulau. Mungkin calonnya ada di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi tidak di kalangan kepimpinan. UMNO perlu inbgat bahawa rakyat bkan sahaja melihat kepada simbol parti untuk dipangkah tetapi kepada kewibawaan calon. Oleh itu, UMNO mesti mencari dan menapis calon yang boleh membawa kemenangan atau 'winable candidate' jika ingin menawan semula Balik Pulau.

Untuk kerusi Dewan Undangan Negeri di bahagian pulau, UMNO perlu mencari calon-calon baru menggantikan ADUN sedia ada terutama bagi kerusi Pulau Betong dan Telok Bahang.

Bagi kerusi Parlimen di bahagian tanah besar yang ditandingi UMNO, parti itu kena cari muka baru untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad di Kepala Batas, Tan Sri Noor Mohamed di Tasek Gelugor dan di dua kerusi yang mereka tewas kepada PKR iaitu Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

Zaman kecemerlangan Pak Lah dan Noor Mohamed sudahpun sampai ke kemuncak dan mereka perlu berundur atau diundurkan apabila BN menghadapi rakyat sekali lagi pada PRU mendatang ini.

Bagi kerusi DUN di tanah besar yang merupakan kubu kuat UMNO, parti itu mestilah berani membuat perubahan dengan menggantikan semua ADUN sedia ada dengan muka-muka baru. UMNO mesti berani keluar daripada kepompong lamanya iaitu memilih calon dari kalangan kepimpinan bahagian kerana ianya tidak sesuai dengan keadaan dan suasana semasa. Orang UMNO berebut untuk menduduki kerusi dalam bahagian masing-masing kerana disitulah wujudnya segala peluang untuk mereka menerokai apa yang dihajati termasuk dalam bidang ekonomi.

Walaupun demikian, kemenangan di kalangan calon UMNO tidak menjamin kemenangan BN untuk mentadbir semula Pulau Pinang. Saya tidak yakin yang BN dapat menawan semula Pulau Pinang.

Pengundi Pulau Pinang besar kemungkinan akan menolak calon PKR di peringkat negeri tetapi mereka sukar untuk menolak calon DAP dan DAP lah yang akan menentukan kemenangan di Pulau Pinang. PAS mempunyai peluang yang lebih besar di kawasan-kawasan pengundi majoriti Melayu berbanding PKR.

Kemenangan DAP dapat dijangka ekoran daripada penolakan pengundi Cina terhadap calon-calon MCA dan Gerakan. Fakta inilah yang harus diteliti oleh BN yang perlu mencari jalan dan berikhtiar untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina. Tetapi mereka mesti sedar bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah selagi MCA dan Gerakan kekal seperti sedia kala.

Bayangkan, calon MCA yang mempertahankan kerusi partinya di Bayan Baru tewas kepada calon Melayu dari PKR pada PRU lepas. Calon PKR itu sendiri tidak bermimpi yang dia boleh menang. Atas sebab-sebab peribadi, clon PKR yang bernama Zahrain Hashim telah melompat ke kerusi 'bebas' dan saya yakin jika dia bertanding semula di Bayan Baru atas tiket bebas atau mana-mana parti politik lain, dia akan kalah kerana dia menang dulu bukan atas kekuatan diri tetapi menumpang tuah gelombang atau tsunami yang membadai BN.

Orang Pulau Pinang masih ingat akan 'kehebatan' Zahrain semasa menjadi ketua UMNO Bahagian Tanjong dan salah seorang penyokong kuat DSAI semasa berada dalam UMNO.

DAP sukar ditumbangkan di Pulau Pinang walaupun Najib atau mana-mana pemimpin besar BN berulang kali turun padang dan menabur bermacam-macam janji dan projek pembangunan kerana orang Pulau Pinang akan menerima gula yang diberi dengan tangan terbuka tetapi ia tidak bermakna yang mereka boleh dengan senangnya dipergulakan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-38575700336098953622010-09-01T02:14:00.000-07:002010-09-01T02:14:05.821-07:00ALFATIHAH: SYED YAHYA PULANG KE RAHMATULLAH
Mantan petugas Bernama, Syed Yahya bin Syed Hussein Jamalullail pulang kem rahmatullah di kampung asalnya, Arau, Perlis.

Semasa hayatnya, almarhum berkhidmat, antara lain, selaku pewarta di Kedah/Perlis, Ketua Biro Perak dan di meja penyuntingan Bahasa Melayu.

Semoga Allah merahmati ruh almarhum dan menempatkannya di kalangan ruh hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-69541110886811681852010-04-16T05:54:00.000-07:002010-04-16T06:03:51.504-07:00Tahniah ARES atas pelantikan selaku Pengerusi Bernama
Seperti yang dijangka, Saudara Abdul Rahman Sulaiman (ARES), mantan Ketua Pengarang Bernama, dilantik selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Tahniah kita ucapkan dengan harapan semoga saudara benar-benar faham dan tahu akan tugas dan bidang kuasa Pengerusi Bernama.

Saya harap saudara dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan tanpa cacat cela.

Saya juga yakin dan percaya yang saudara tidak akan mengamalkan apa yang saudara amalkan semasa berjawatan wartawan hinggalah KP. Hanya orang lama di Bernama yang faham apa yang saya maksudkan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-71145160694392545202010-03-25T16:00:00.000-07:002010-03-25T16:00:03.864-07:00Kepentingan Yahudi banyak di Malaysia
Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan dakwaannya bahawa Apco Worldwide yang terlibat dalam pengenalan slogan "One Israel" atau Satu Israel turut terlibat dalam pengenalan konsep 1Malaysia, satu isu besar.

Anwar mendakwa kononnya Apco diupah oleh pentadbiran negara Israel ketika diketuai oleh Ehud Barak untuk membantu dalam pelaksanaan One Israel. Oleh itu, Anwar kaitkan pembabitan Apco itu dengan konsep 1Malaysia yang dikemukakan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak pula dinyatakan sama ada Apco itu syarikat dari negara Israel atau ia dikuasai atau dimiliki oleh orang Yahudi, dua perkara yang berbeza dan semestinya tidak sama. Jika Apco sebuah syarikat orang Yahudi, ia bukanlah sesuatu yang baru dan memeranjatkan kerana banyak syarikat milik orang Yahudi yang berada di Malaysia.

Kepentingan orang Yahudi dalam mana-mana syarikat gergasi mahupun pelbagai bangsa bukanlah perkara baru malah hampir semua syarikat gergasi yang bertapak di Amerika Syarikat ada kepentingan orang Yahudi, bukan kepentingan Israel.

Oleh itu, jikapun benar kerajaan menggunakan khidmat pakar Apco yang didakwa ada kepentingan Yahudi, apa salahnya?

Kita dan dunia tahu bahawa orang Yahudi menguasai ekonomi dunia terutama dari Amerika Syarikat. Orang Yahudi juga cukup berpengaruh dalam politik Amerika Syarikat dan dunia mengetahuinya.

Jika kita marahkan kerajaan kerana menggunakan khuidmat Apco, kita juga harus marahkan diri sendiri jika kita mengguna, membeli atau mendapat faedah daripada barangan, perkhidmatan atau hiburan yang dibelakangnya ada kepentingan Yahudi. Sanggupkah kita berbuat demikian?

Di Malaysia ramai warganegara terutama yang beragama Islam bekerja dan mendapat faedah daripada syarikat-syarikat yang ada kepentingan Yahudi. Apakah kerana faktor Yahudi itu kita mahu mereka meletak jawatan dan menjadi penganggur?

Kita seharusnya terima hakikat bahawa kita tidak dapat elak daripada terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kepentingan Yahudi. Kita juga mesti membezakan antara kepentingan orang Yahudi dengan kepentingan Israel walaupun kita sedar ada syarikat berkepentingan orang Yahudi Amerika atau Eropah yang membantu ekonomi Israel.

Antara syarikat dan produk yang ada kepentingan orang Yahudi yang terdapat dalam pasaran Malaysia adalah Dell Inc., Oracle, Toy 'r' us, Baskins Robins, Sun Microsystems, Haagen Dasz, Dunkin Donuts, Cisco System, Mattel, Google, BitTorrent, Facebook, Disney, MGM, CBS, Universal Studios, Levi's, DKNY dan Calvin Klein.

Banyak racangan TV yang dimport dari Amerika Syarikat atau yang disiar oleh Astro mempunyai kepentingan orang Yahudi. Jadi apa kesudahannya? Boikot Astro?

Sudah tentu kita pernah dan masih menggunakan barangan atau perkhidmatan syarikat-syarikat tersebut dan adakah kerana ia ada kepentingan orang Yahudi maka kita harus menolaknya atau memboikotnya?

Adalah menjadi satu kenyataan bahawa kita tidak dapat elak daripada terbabit dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan yang ada kepentingan orang Yahudi. Suka atau tidak itulah hakikatnya.

Apakah Anwar Ibrahim mahupun keluarganya sendiri tidak terlibat langsung dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang saya sebut terdahulu? Anwar juga ada kaitan dengan pihak tertentu di Washington dan dia sendiri tahu dan sedar bahawa pihak yang menjadi rakan dan penyokongnya di sana juga mempunyai kepentingan orang Yahudi.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-45204195779209588142010-03-24T22:12:00.000-07:002010-03-24T22:28:35.898-07:00RIP Richard Thean and Isabella Hiew
It was sad to know that two of my former Bernama colleges passed away recently.

Richard Thean, a loyal staff and husband of Janine Koay, passed away last Wednesday while Isabella Hiew, another loyal editorial staff, returned to the Kingdom of her Creator, yesterday.

May their souls Rest In Peace.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-78413363379734906252009-10-15T18:54:00.000-07:002009-10-15T18:56:48.597-07:00HAPPY DEEPAVALI

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-38255348447910161112009-10-04T07:10:00.000-07:002009-10-04T07:19:01.000-07:00Sdr Mahmud, mantan operator TP pulang ke rahmatullahAlfatihah.

Seorang lagi mantan petugas Bernama dan teman sekerja Mahmud, telah pulang ke Rahmatullah hari ini, 4 Oktober 2009, di Hospital Putrajaya. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Semasa hayatnya, Allahyarham adalah seorang petugas yang begitu mesra dan peramah dengan petugas di bahagian lain.

Terima kasih sahabat lama Datuk Ahmad A Talib yang sudi memaklumkan kepada rakan-rakan mengenai kematian Allahyarham Mahmud.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruh Allahyarham. Amin.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-21681851664168177082009-10-02T03:49:00.000-07:002009-10-02T03:56:16.270-07:00Sekadar renungan....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-73776278888756374492009-08-17T20:50:00.000-07:002009-08-17T20:55:09.860-07:00Bernama TVApa yang sedang berlaku dalam Bernama TV yang tidak dikuasai oleh Bernama?

Ke mana perginya laporan-laporan berita?

Kenapa terlalu kerap tayang dan ulang tayang rancangan lepas seperti Helo Malaysia?

Tuan Anuar Zaini atau Tuan Azman Ujang minta tolong jawab.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-86732181798281629992009-07-10T18:26:00.000-07:002009-07-10T18:39:26.795-07:00Nawal Ismail pulang ke RahmatullahAl-Fatihah.

Mantan wartawan Bernama, Nawal Ismail, 56, telah pulang ke Rahmatullah di Hospital Kuala Lumpur. Nawal meninggalkan suami dan lima orang anak.

Nawal, yang berasal dari Perlis, adalah rakan yang menyertai Bernama sama tahun dengan saya dan sama-sama mengikuti kursus penulisan berita dan rencana di South-East Asia Press Centre, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Saya mengetahui mengenai berita kepulangannya ke Rahmatullah melalui laporan akhbar.

Malangnya, veteran Bernama tiada saluran untuk dimaklumi mengenai khabar berita rakan-rakan seangkatan atau seperkhidmatan. Apabila mendapat tahu, ianya sudah terlambat.

Kepada keluarga Nawal, saya rakamkan ucapan takziah dengan iringan doa agar ruhnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama mereka yang solehah. Amin

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-8071881548958864782009-05-25T07:27:00.000-07:002009-05-25T07:33:57.061-07:00Perginya seorang sahabatALFATIHA.

Saya dengan penuh insaf merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah sahabat baik dan mantan rakan setugas di Bernama, Allahyarham Mohamad Ridzwan Ibrahim.

Allahyarham, yang keluarganya berasal dari Aceh, Indonesia menghidapi penyakit jantung dan dipanggil pulang ke Rahmatullah dalam usia 65 tahun.

Allahyarham Ridzwan adalah seorang insan yang bertugas dengan penuh dedikasi, sabar dan bertangungjawab selain seorang yang soleh.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruhallahyarham. Amin.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-8377099758972689242009-04-18T12:34:00.000-07:002009-04-18T12:40:39.760-07:00Petugas BERNAMA terima pingat
Sekalung tahniah kepada petugas-petugas BERNAMA yang menerima anugerah darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan rasmi Sultan Perak ke-81 hari ini.

Saudara Rachman Yeop Norodin (Roger) mendahului penerima anugerah dari BERNAMA apabila dianugerahi Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP).

Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi Saudara Mikhail Raj Abdullah menerima anugerah Ahli Mahkota Perak (AMP), Saudara Zid Omar dari unit foto menerima Pingat Pekertia Terpilih (PPT) manakala Saudara Md Dusa Abas, jurugambar, menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-2276326116396418092009-04-07T20:50:00.001-07:002009-04-07T21:02:45.873-07:00BERNAMA gagal meraih sebarang hadiah Kewartawanan Malaysia
Sedih. Itulah yang dapat dikatakan apabila BERNAMA sekali lagi gagal memenangi sebarang hadiah atau anugerah Kewartawanan Malaysia.

Tidak tahu pula saya sama ada BERNAMA ada menghantar penyertaan atau tidak. Semasa saya bertugas di Meja Rencana selaku Penolong Editor satu ketika dahulu, kami memilih dan melakukan apa yang perlu untuk membolehkan penyertaan BERNAMA.

Saya dan Editor Sdr S. Sivaselvam mengendalikan penyertaan BERNAMA, dua Hadiah Kajai dan beberapa hadiah terbaik dimenani oleh wartawan BERNAMA. Dua orang wartawan yang memenangi Hadiah Kajai kini sudah lama meninggalkan BERNAMA, iaitu Sdr Abd Latiff Abu Bakar dan Sdr Johari Ismail bersama-sama seorang jurufoto.

Kemenangan pada Malam Wartawan merupakan detik pencapaian tertinggi dan ia dengan sendirinya mengharumkan nama sesebuah pertubuhan media.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-36545280348627809822009-03-28T09:33:00.000-07:002009-03-28T09:38:55.153-07:00Mantan petugas Bernama meninggal duniaALFATIHAH.

Saya dimaklumkan bahawa mantan petugas bahagian trafik (dulu teleprinter) Bernama, Saudara Bakar Yusof, telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 7.08 minit pagi, 28 Mac di Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham, menurut pemberi maklumat Kuda Semetot, selatamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang.

Saya cukup mengenali Allahyarham Bakar dan hanya mampu berdoa semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruh Allahyarham. Amin.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-66395326311458421762009-03-24T01:01:00.000-07:002009-03-24T01:11:43.847-07:00Petugas BERNAMA kena bayar untuk letak kereta?
Saya menerima maklumat daripada seorang petugas Bernama yang menyatakan bahawa pihak pengurusan akan mengenakan bayaran untuk meletak kereta (parking charges) di Wisma Bernama dan di dua tapak letak kereta lain.

Pemberi maklumat menyatakan bahawa pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Sdr. Visva, yang pada satu ketika mencatat sejarah selaku pemangku PB Bernama.

Kakitangan Bernama akan dikenakan bayaran bulan untuk meletak kereta seperti berikut:

1. Basement dan dalam kawasan berpagar Wisma Bernama - RM25
2. Laman letak kereta JPS (hadapan Wisma Bernama) - RM15, dan
3. Laman Persatuan Pesara (sebelah Wisma Bernama) - RM10

Saya juga dimaklumkan bahawa agihan surat khabar untuk Bilik Berita dihadkan kepada dua naskhah.

Walaubagaimanapun, katanya pengendali Bernama TV yang dikatakan masih berhutang sejumlah wang dengan Bernama, tidak terlibat dalam tindakan tersebut.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1609953235883947696.post-45383417464455990972009-03-19T01:48:00.000-07:002009-03-19T01:56:27.723-07:00Tempat untuk meluahkan rasa isi hati
Saya mewujudkan blog ini khusus untuk keluarga Bernama meluahkan cetusan isi hati mengenai apa saja topik yang ingin diketengahkan.

Saya berbuat demikian atas permintaan petugas agensi itu sendiri memandangkan mereka sering mengambil peluang untuk mencurahkan isi hati melalui blog Kuda Ranggi.

Saya mengalu-alukan ulasan atau komen tetapi ianya hendaklah tidak bersifat terlalu peribadi, menyentuh perasaan, berbenuk perkauman dan mengaitkan fahaman agama.

Gunakanlah bahasa yang sopan dan yang tidak menyinggung perasaan pihak lain.

Terima kasih.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.com4