Saturday 28 March 2009

Mantan petugas Bernama meninggal dunia

ALFATIHAH.

Saya dimaklumkan bahawa mantan petugas bahagian trafik (dulu teleprinter) Bernama, Saudara Bakar Yusof, telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 7.08 minit pagi, 28 Mac di Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham, menurut pemberi maklumat Kuda Semetot, selatamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang.

Saya cukup mengenali Allahyarham Bakar dan hanya mampu berdoa semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas ruh Allahyarham. Amin.

Tuesday 24 March 2009

Petugas BERNAMA kena bayar untuk letak kereta?

Saya menerima maklumat daripada seorang petugas Bernama yang menyatakan bahawa pihak pengurusan akan mengenakan bayaran untuk meletak kereta (parking charges) di Wisma Bernama dan di dua tapak letak kereta lain.

Pemberi maklumat menyatakan bahawa pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Sdr. Visva, yang pada satu ketika mencatat sejarah selaku pemangku PB Bernama.

Kakitangan Bernama akan dikenakan bayaran bulan untuk meletak kereta seperti berikut:

1. Basement dan dalam kawasan berpagar Wisma Bernama - RM25
2. Laman letak kereta JPS (hadapan Wisma Bernama) - RM15, dan
3. Laman Persatuan Pesara (sebelah Wisma Bernama) - RM10

Saya juga dimaklumkan bahawa agihan surat khabar untuk Bilik Berita dihadkan kepada dua naskhah.

Walaubagaimanapun, katanya pengendali Bernama TV yang dikatakan masih berhutang sejumlah wang dengan Bernama, tidak terlibat dalam tindakan tersebut.

Thursday 19 March 2009

Tempat untuk meluahkan rasa isi hati

Saya mewujudkan blog ini khusus untuk keluarga Bernama meluahkan cetusan isi hati mengenai apa saja topik yang ingin diketengahkan.

Saya berbuat demikian atas permintaan petugas agensi itu sendiri memandangkan mereka sering mengambil peluang untuk mencurahkan isi hati melalui blog Kuda Ranggi.

Saya mengalu-alukan ulasan atau komen tetapi ianya hendaklah tidak bersifat terlalu peribadi, menyentuh perasaan, berbenuk perkauman dan mengaitkan fahaman agama.

Gunakanlah bahasa yang sopan dan yang tidak menyinggung perasaan pihak lain.

Terima kasih.