Saturday 18 April 2009

Petugas BERNAMA terima pingat

Sekalung tahniah kepada petugas-petugas BERNAMA yang menerima anugerah darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan rasmi Sultan Perak ke-81 hari ini.

Saudara Rachman Yeop Norodin (Roger) mendahului penerima anugerah dari BERNAMA apabila dianugerahi Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP).

Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi Saudara Mikhail Raj Abdullah menerima anugerah Ahli Mahkota Perak (AMP), Saudara Zid Omar dari unit foto menerima Pingat Pekertia Terpilih (PPT) manakala Saudara Md Dusa Abas, jurugambar, menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Tuesday 7 April 2009

BERNAMA gagal meraih sebarang hadiah Kewartawanan Malaysia

Sedih. Itulah yang dapat dikatakan apabila BERNAMA sekali lagi gagal memenangi sebarang hadiah atau anugerah Kewartawanan Malaysia.

Tidak tahu pula saya sama ada BERNAMA ada menghantar penyertaan atau tidak. Semasa saya bertugas di Meja Rencana selaku Penolong Editor satu ketika dahulu, kami memilih dan melakukan apa yang perlu untuk membolehkan penyertaan BERNAMA.

Saya dan Editor Sdr S. Sivaselvam mengendalikan penyertaan BERNAMA, dua Hadiah Kajai dan beberapa hadiah terbaik dimenani oleh wartawan BERNAMA. Dua orang wartawan yang memenangi Hadiah Kajai kini sudah lama meninggalkan BERNAMA, iaitu Sdr Abd Latiff Abu Bakar dan Sdr Johari Ismail bersama-sama seorang jurufoto.

Kemenangan pada Malam Wartawan merupakan detik pencapaian tertinggi dan ia dengan sendirinya mengharumkan nama sesebuah pertubuhan media.