Wednesday 1 September 2010

ALFATIHAH: SYED YAHYA PULANG KE RAHMATULLAH

Mantan petugas Bernama, Syed Yahya bin Syed Hussein Jamalullail pulang kem rahmatullah di kampung asalnya, Arau, Perlis.

Semasa hayatnya, almarhum berkhidmat, antara lain,  selaku pewarta di Kedah/Perlis, Ketua Biro Perak dan di meja penyuntingan Bahasa Melayu.

Semoga Allah merahmati ruh almarhum dan menempatkannya di kalangan ruh hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin

Friday 16 April 2010

Tahniah ARES atas pelantikan selaku Pengerusi Bernama

Seperti yang dijangka, Saudara Abdul Rahman Sulaiman (ARES), mantan Ketua Pengarang Bernama, dilantik selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Tahniah kita ucapkan dengan harapan semoga saudara benar-benar faham dan tahu akan tugas dan bidang kuasa Pengerusi Bernama.

Saya harap saudara dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan tanpa cacat cela.

Saya juga yakin dan percaya yang saudara tidak akan mengamalkan apa yang saudara amalkan semasa berjawatan wartawan hinggalah KP. Hanya orang lama di Bernama yang faham apa yang saya maksudkan.

Thursday 25 March 2010

Kepentingan Yahudi banyak di Malaysia

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan dakwaannya bahawa Apco Worldwide yang terlibat dalam pengenalan slogan "One Israel" atau Satu Israel turut terlibat dalam pengenalan konsep 1Malaysia, satu isu besar.

Anwar mendakwa kononnya Apco diupah oleh pentadbiran negara Israel ketika diketuai oleh Ehud Barak untuk membantu dalam pelaksanaan One Israel. Oleh itu, Anwar kaitkan pembabitan Apco itu dengan konsep 1Malaysia yang dikemukakan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak pula dinyatakan sama ada Apco itu syarikat dari negara Israel atau ia dikuasai atau dimiliki oleh orang Yahudi, dua perkara yang berbeza dan semestinya tidak sama. Jika Apco sebuah syarikat orang Yahudi, ia bukanlah sesuatu yang baru dan memeranjatkan kerana banyak syarikat milik orang Yahudi yang berada di Malaysia.

Kepentingan orang Yahudi dalam mana-mana syarikat gergasi mahupun pelbagai bangsa bukanlah perkara baru malah hampir semua syarikat gergasi yang bertapak di Amerika Syarikat ada kepentingan orang Yahudi, bukan kepentingan Israel.

Oleh itu, jikapun benar kerajaan menggunakan khidmat pakar Apco yang didakwa ada kepentingan Yahudi, apa salahnya?

Kita dan dunia tahu bahawa orang Yahudi menguasai ekonomi dunia terutama dari Amerika Syarikat. Orang Yahudi juga cukup berpengaruh dalam politik Amerika Syarikat dan dunia mengetahuinya.

Jika kita marahkan kerajaan kerana menggunakan khuidmat Apco, kita juga harus marahkan diri sendiri jika kita mengguna, membeli atau mendapat faedah daripada barangan, perkhidmatan atau hiburan yang dibelakangnya ada kepentingan Yahudi. Sanggupkah kita berbuat demikian?

Di Malaysia ramai warganegara terutama yang beragama Islam bekerja dan mendapat faedah daripada syarikat-syarikat yang ada kepentingan Yahudi. Apakah kerana faktor Yahudi itu kita mahu mereka meletak jawatan dan menjadi penganggur?

Kita seharusnya terima hakikat bahawa kita tidak dapat elak daripada terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kepentingan Yahudi. Kita juga mesti membezakan antara kepentingan orang Yahudi dengan kepentingan Israel walaupun kita sedar ada syarikat berkepentingan orang Yahudi Amerika atau Eropah yang membantu ekonomi Israel.

Antara syarikat dan produk yang ada kepentingan orang Yahudi yang terdapat dalam pasaran Malaysia adalah Dell Inc., Oracle, Toy 'r' us, Baskins Robins, Sun Microsystems, Haagen Dasz, Dunkin Donuts, Cisco System, Mattel, Google, BitTorrent, Facebook, Disney, MGM, CBS, Universal Studios, Levi's, DKNY dan Calvin Klein.

Banyak racangan TV yang dimport dari Amerika Syarikat atau yang disiar oleh Astro mempunyai kepentingan orang Yahudi. Jadi apa kesudahannya? Boikot Astro?

Sudah tentu kita pernah dan masih menggunakan barangan atau perkhidmatan syarikat-syarikat tersebut dan adakah kerana ia ada kepentingan orang Yahudi maka kita harus menolaknya atau memboikotnya?

Adalah menjadi satu kenyataan bahawa kita tidak dapat elak daripada terbabit dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan yang ada kepentingan orang Yahudi. Suka atau tidak itulah hakikatnya.

Apakah Anwar Ibrahim mahupun keluarganya sendiri tidak terlibat langsung dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang saya sebut terdahulu? Anwar juga ada kaitan dengan pihak tertentu di Washington dan dia sendiri tahu dan sedar bahawa pihak yang menjadi rakan dan penyokongnya di sana juga mempunyai kepentingan orang Yahudi.

Wednesday 24 March 2010

RIP Richard Thean and Isabella Hiew

It was sad to know that two of my former Bernama colleges passed away recently.

Richard Thean, a loyal staff and husband of Janine Koay, passed away last Wednesday while Isabella Hiew, another loyal editorial staff, returned to the Kingdom of her Creator, yesterday.

May their souls Rest In Peace.