Tuesday 7 April 2009

BERNAMA gagal meraih sebarang hadiah Kewartawanan Malaysia

Sedih. Itulah yang dapat dikatakan apabila BERNAMA sekali lagi gagal memenangi sebarang hadiah atau anugerah Kewartawanan Malaysia.

Tidak tahu pula saya sama ada BERNAMA ada menghantar penyertaan atau tidak. Semasa saya bertugas di Meja Rencana selaku Penolong Editor satu ketika dahulu, kami memilih dan melakukan apa yang perlu untuk membolehkan penyertaan BERNAMA.

Saya dan Editor Sdr S. Sivaselvam mengendalikan penyertaan BERNAMA, dua Hadiah Kajai dan beberapa hadiah terbaik dimenani oleh wartawan BERNAMA. Dua orang wartawan yang memenangi Hadiah Kajai kini sudah lama meninggalkan BERNAMA, iaitu Sdr Abd Latiff Abu Bakar dan Sdr Johari Ismail bersama-sama seorang jurufoto.

Kemenangan pada Malam Wartawan merupakan detik pencapaian tertinggi dan ia dengan sendirinya mengharumkan nama sesebuah pertubuhan media.

1 comment:

  1. Pak tuan ,
    dengar cerita wartawan di Bernama banyak yg lulusan hebat2 belake yang nak meng-edit tu tak pulak setaraf dgn mike-mike ni.

    ReplyDelete